" Mesyuarat Bersama Koperasi Usahawan Melayu Negeri Sembilan Berhad (KUMNSB) dan Gabungan Penjaja Dan Peniaga Melayu Negeri Sembilan (GAPEMA) - Perhubungan Negeri Sembilan : 2:00pm/Lokasi: Pejabat Amber Glo Development Sdn. Bhd "

Sabtu, 5 Mac 2016

MESYUARAT AJK BIL 2/2016

MESYUARAT AJK PERHUBUNGAN GAPEMA NEGERI SEMBILAN bil 2/2016 yang berlangsung di pejabat Gapema Negeri antara lain menyentuh isu-isu semasa yang dikategorikan masih panas. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengerusi Perhubungan Negeri, Ybhg Dato Hj. Zainol Ishak memfokus kepada tindakan-tindakan yang perlu diambil kerana selama ini Gapema Negeri mengambil sikap bertahan sahaja. 

Beberapa individu yang menjadi dalang dan mencetus pelbagai masalah kepada persatuan telah dikenal pasti. Beberapa tindakan yang akan diambil telah diputuskan dengan sokongan majoriti sebulat suara. Bagaimanapun 'tindakan' adalah mengikut garis panduan yang dibenarkan. 

Timbalan pengerusi perhubungan, En. Tajol Ariffin Hasan berpendapat ada 2 jalan penyelesaian pertama ialah meneruskan perniagaan seperti sediakala sementara terus berusaha mendapatkan kebenaran dan lesen-lesen yang diperlukan daripada pihak berwajib. Cara kedua ialah seperti mana yang diputuskan oleh majoriti AJK di atas. 

Ketua Penerangan, En. Nasharudin pula berkata sudah tiba masanya persatuan bertindak dan tidak hanya bertahan sahaja kerana mereka yang menganggu persatuan berniat tidak baik. Setiausaha persatuan, Pn. Juninah juga mempunyai bukti-bukti penglibatan orang-orang tertentu dalam memburukan Gapema.

Manakala isu kedua yang dibincangkan dalam mesyuarat AJK ialah berkenaan cadangan pembukaan tapak niaga di PKNS Seremban 2. Permohonan rasmi telah dibuat kepada PKNS dan sesalinan proposal persatuan telah dihantar ke pejabat PKNS bahagian usahawan. Pegawai di PKNS, En Johan akan memanjangkan permohonan itu kebahagian berkenaan di MPS.

Isu terakhir ialah pembukaan tempat niaga di bekas tapak kem Paroi yang dijadualkan bermula pada bulan Mac.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan