" Mesyuarat Bersama Koperasi Usahawan Melayu Negeri Sembilan Berhad (KUMNSB) dan Gabungan Penjaja Dan Peniaga Melayu Negeri Sembilan (GAPEMA) - Perhubungan Negeri Sembilan : 2:00pm/Lokasi: Pejabat Amber Glo Development Sdn. Bhd "

Jumaat, 27 Mei 2016

Gapema Negeri Sembilan dalam majlis menandatangani Perjanjian Halal Retails Asia & Mahiez Alliance Group (China) di Gemas

Gapema Negeri Sembilan dalam majlis menandatangani Perjanjian Halal Retails Asia & Mahiez Alliance Group (China) di Gemas. Turut hadir Ybhg Datuk Hj Muhammad, Presiden Gapema dan YDP Perkasa Ybhg Hj Ruslan Kasim. 






Sabtu, 21 Mei 2016

BAKI DANA SKIM BAZAR RAMADHAN MEROSOT

KEGAGALAN lebih 10,000 peminjam Skim Bazar Ramadhan (SBR) membuat bayaran semula menyebabkan dana yang diperuntukan kepada SBR pada tahun ini merosot teruk. Ketika dilancarkan pada tahun 2014 oleh PM di Dataran Senawang ketika merasmikan Hari Penjaja Kebangsaan, kerajaan memperuntukan dana sebanyak RM45 juta. Lebih kurang 15 ribu penjaja seluruh Negara mendapat manfaat dari pinjaman SBR ini. Pinjaman bernilai RM3,000 itu digunakan khusus oleh penjaja dan peniaga sebagai modal untuk berniaga sempena bulan Ramadhan.

Bagaimanapun hanya kira-kira RM36 juta kutipan pinjaman yang berjaya dipungut sekitar 2 tahun lepas menyebabkan kira-kira 4000 permohonan pinjaman baru tidak dapat diluluskan pada tahun ini. Baki dana yang tinggal kira-kira RM9 juta hanya mampu diagihkan kepada lebih kurang 3000 bakal peminjam SBR berbanding 15 ribu penerima ketika mula-mula dilancarkan dulu.

Menurut Presiden Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Melayu Malaysia (GAPEMA), Datuk Muhammad Mahmood; kegagalan peminjam SBR membayar balik pinjaman menyebabkan dana pusingan tidak boleh digunakan untuk memberi pinjaman baru. Menurutnya lagi, hanya RM23 juta sahaja dapat dikutip semula pada tahun 2014. Beliau menyeru agar peminjam lebih bertanggungjawab dan tidak culas membayar kerana pinjaman ini memberi manfaat besar kepada ramai lagi bakal-bakal peminjam terutama ketika umat Islam bakal menyambut Ramadhan tidak lama lagi. Peminjam baru boleh menggunakan pinjaman ini untuk memulakan perniagan sempena bulan Ramadhan untuk menambah pendapatan. Apatah lagi skim pinjaman ini tidak dikenakan faedah.