Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, menandatangani perjanjian perdagangan bebas komprehensif abad ke-21 bagi pihak Malaysia.

Pakatan perdagangan itu mewakili hampir 40 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) global bernilai US$30 trilion. Majlis penandatanganan TPPA di ibu negara New Zealand ini adalah hasil run­dingan yang sukar yang mengambil masa lima tahun dan 19 pusingan rundingan.


Dua belas negara anggota TPPA ialah Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Amerika Syarikat, Vietnam dan Malaysia. Sebahagian besar negara berke­naan merupakan rakan dagang utama Malaysia.

TPPA bermatlamat menggalakkan penyepaduan ekonomi bagi meliberali­sasikan perdagangan dan pelaburan, selain merangsang pertumbuhan ekonomi serta manfaat sosial.Lebih daripada 90 peratus manfaat ekonomi disumbangkan menerusi langkah-langkah bukan tarif yang lebih rendah.

Ia juga dijangka mewujudkan peluang-peluang baharu untuk pekerja dan perniagaan, menyumbang kepada meningkatkan taraf hidup 600 juta penduduk, memberi manfaat kepada pengguna, mengurangkan kemiskinan serta menggalakkan pertumbuhan mampan. – BERNAMA