" Mesyuarat Bersama Koperasi Usahawan Melayu Negeri Sembilan Berhad (KUMNSB) dan Gabungan Penjaja Dan Peniaga Melayu Negeri Sembilan (GAPEMA) - Perhubungan Negeri Sembilan : 2:00pm/Lokasi: Pejabat Amber Glo Development Sdn. Bhd "

Jumaat, 5 Februari 2016

Pengubahsuaian berdasar harga minyak, ringgit, hasil bukan minyak

Putrajaya: Pengubahsuaian bajet 2016 yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dibuat berdasarkan harga minyak antara AS$30 dan AS$35 setong Brent serta angka berkenaan disifatkan sebagai konservatif.
Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Irwan Serigar Abdullah berkata, kerajaan menyusun semula bajet negara dalam anggaran harga berkenaan namun, tetap mengambil kira senario sekiranya harga minyak dunia menurun pada paras lebih rendah.
“Selain faktor harga minyak dunia, kerajaan turut mengambil kira aspek nilai Ringgit dan pendapatan daripada hasil bukan minyak.
“Sekiranya harga minyak menurun pada kadar AS$25 setong Brent, kerajaan masih mampu menanggung perbelanjaan,” katanya pada Forum Penjelasan Lanjut Mengenai Pengubahsuaian Bajet 2016 di sini, semalam.
Namun, menurutnya sekiranya harga minyak dunia jatuh pada kadar lebih rendah, ia membawa maksud bahawa kebanyakan negara akan mengalami kegawatan.
“Bukan saja Malaysia, semua negara akan mengalami kegawatan. Buat masa ini kerajaan mengambil langkah untuk tunggu dan lihat,” katanya sambil menambah pendapatan kerajaan terjejas bukan saja akibat penurunan harga minyak dunia namun turut membabitkan faktor sampingan.
“Walaupun 40 peratus pendapatan kerajaan adalah daripada hasil minyak, namun ia juga membabitkan pendapatan daripada hasil bukan minyak.
“Bagaimanapun, pendapatan daripada hasil minyak menjadi penyumbang utama kepada pengubahsuaian ini dilakukan,” katanya.
Dengan mengambil kira harga minyak berada pada kadar AS$35 setong Brent, kerajaan akan mencatatkan pendapatan sebanyak RM217.9 bilion dan perbelanjaan operasi sebanyak RM211.2 bilion.
Namun, sekiranya harga minyak menurun kepada AS$30 setong Brent, pendapatan kerajaan dijangka mencecah RM216.3 bilion dan perbelanjaan operasi sebanyak RM210.7 bilion.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 January 2016 @ 6:51 AM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan