Blog ini tidak aktif. Sila layari pautan berikut untuk blog aktif KUMNSB
Khamis, 22 September 2022
Selasa, 11 Januari 2022
MESYUARAT ALK KALI KE 2/2022
Antara perkara yang diberi tumpuan dalam mesyuarat ALK kali ke 2 ini ialah usaha untuk menyelesaikan beberapa isu antara koperasi dengan SKM. Semua ALK sependapat untuk menyelesaikan isu ini secepat mungkin kerana mahu atau tidak, koperasi mesti mula bergerak pada tahun ini (2022). Berdasarkan semakan data ahli dari pelbagai sumber yang menyebut jumlah ahli koperasi sekitar 700 orang, ALK juga sependapat untuk menggunapakai data terkini yang hanya berjumlah 50 orang sahaja. Itupun sudah mencukupi syarat sebagaimana yang disebut dalam Akta Koperasi 1993 (Pindaan: 5. (1) Tertakluk kepada seksyen 8, tiada koperasi boleh didaftarkan sebagai koperasi asas melainkan jika— (a) ia terdiri daripada sekurang-kurangnya lima puluh orang individu; dan)
Status 50 orang ini adalah aktif
dan sempurna syarat. Bagaimanapun keahlian koperasi masih terbuka kepada orang
ramai yang layak dan berminat. Manakala baki ahli yang terdapat dalam daftar
lama (700 orang) itu akan cuba dihubungi kembali melalui pelbagai cara. Buat masa
sekarang, ALK masih mentakrifkan status mereka itu sebagai tidak aktif/gagal
dihubungi/tidak dapat dikesan.
Ahad, 9 Januari 2022
PENSTRUKTURAN SEMULA GAPEMA DAN KUMNSB
PEPATAH menyebut alang-alang seluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Tidak akan rebah hanya kerana tanpa sokongan lantaran tegak berdirinya dikeranakan roh aspirasi seorang peniaga! Begitulah dengan Gapema dan KUMNSB. Masih kekal relevan sehingga kini biarpun ada ketikanya kedua-dua entiti ini hidup seakan tiada nyawa.
Lewat disember 2021, pertemuan demi pertemuan yang diadakan oleh beberapa orang ahli lama dan baru Gapema dan KUMNSB akhirnya membuahkan hasil apabila satu mesyuarat penstrukturan semula Gapema dan KUMNSB berjaya diadakan di kediaman Dato' Hj Zainol Ishak pada 14hb disember, 2021.
Susulan daripada mesyuarat tersebut, Gapema dan KUMNSB diberikan nafas baru dengan gabungan ahli lama dan baru. Ia dijangka akan bergerak aktif semula pada tahun baru 2022 dengan fokus memberi tumpuan kepada projek Tut-Tut Delivery.
Ahli Jawatankuasa Gabungan
Penjaja dan Peniaga Melayu Malaysia Perhubungan
Negeri Sembilan |
|||
Yang
Di Pertua (YDP) |
: |
Dato'
Haji Zainol bin Ishak (juga
Naib President GAPEMA Kebangsaan) |
0196555588 |
Pengerusi |
: |
Puan
Zuraimi Bt Ismail |
0166042525 |
Naib
Pengerusi |
: |
Puan
Norazimah Bt Mustapha Kamal |
0184666740 |
Setiausaha |
: |
Puan
Norizam Binti Abdul Rahman |
0173077716 |
Bendahari |
: |
Puan
Siti Marsila Binti Abd Hadi |
0173253240 |
Ahli
Jawatankuasa |
: |
|
|
|
1. |
Tuan
Kairul Fahmi bin Ibrahim
|
0108447996 |
|
2. |
Tuan
Tajol Arifin bin Hasan |
01111989874 |
|
3. |
Tuan
Zulhilmy bin Marzuki
|
01121558386 |
Biro
Perhubungan |
: |
Puan
Christen Aida Safari |
0192651797 |
Jumaat, 27 Mei 2016
Gapema Negeri Sembilan dalam majlis menandatangani Perjanjian Halal Retails Asia & Mahiez Alliance Group (China) di Gemas
Sabtu, 21 Mei 2016
BAKI DANA SKIM BAZAR RAMADHAN MEROSOT
Selasa, 19 April 2016
MESYUARAT ALK (AHLI LEMBAGA KOPERASI) KOPERASI USAHAWAN MELAYU NEGERI SEMBILAN BERHAD
Koperasi Usahawan Melayu Negeri Sembilan Berhad (KUMNSB) dahulunya diletakan di bawah Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Negeri Sembilan (PPPKMNS). Bagaimanapun atas beberapa masalah dengan pihak ROS, koperasi ini kemudiannya diletakan pula di bawah Gapema. Projek terkini koperasi ialah mengadakan ekspo niaga di tapak kem Paroi bermula awal Mei nanti.
Sabtu, 9 April 2016
MESYUARAT MAJLIS TERTINGGI GAPEMA
|
![]() | ![]() |
|
![]() |