" Mesyuarat Bersama Koperasi Usahawan Melayu Negeri Sembilan Berhad (KUMNSB) dan Gabungan Penjaja Dan Peniaga Melayu Negeri Sembilan (GAPEMA) - Perhubungan Negeri Sembilan : 2:00pm/Lokasi: Pejabat Amber Glo Development Sdn. Bhd "

Selasa, 11 Januari 2022

MESYUARAT ALK KALI KE 2/2022

 Antara perkara yang diberi tumpuan dalam mesyuarat ALK kali ke 2 ini ialah usaha untuk menyelesaikan beberapa isu antara koperasi dengan SKM. Semua ALK sependapat untuk menyelesaikan isu ini secepat mungkin kerana mahu atau tidak, koperasi mesti mula bergerak pada tahun ini (2022). Berdasarkan semakan data ahli dari pelbagai sumber yang menyebut jumlah ahli koperasi sekitar 700 orang, ALK juga sependapat untuk menggunapakai data terkini yang hanya berjumlah 50 orang sahaja. Itupun sudah mencukupi syarat sebagaimana yang disebut dalam Akta Koperasi 1993 (Pindaan: 5. (1) Tertakluk kepada seksyen 8, tiada koperasi boleh didaftarkan sebagai koperasi asas melainkan jika— (a) ia terdiri daripada sekurang-kurangnya lima puluh orang individu; dan)

Status 50 orang ini adalah aktif dan sempurna syarat. Bagaimanapun keahlian koperasi masih terbuka kepada orang ramai yang layak dan berminat. Manakala baki ahli yang terdapat dalam daftar lama (700 orang) itu akan cuba dihubungi kembali melalui pelbagai cara. Buat masa sekarang, ALK masih mentakrifkan status mereka itu sebagai tidak aktif/gagal dihubungi/tidak dapat dikesan.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan