Gapema Negeri Sembilan dalam majlis menandatangani Perjanjian Halal Retails Asia & Mahiez Alliance Group (China) di Gemas. Turut hadir Ybhg Datuk Hj Muhammad, Presiden Gapema dan YDP Perkasa Ybhg Hj Ruslan Kasim.
Jumaat, 27 Mei 2016
Sabtu, 21 Mei 2016
BAKI DANA SKIM BAZAR RAMADHAN MEROSOT
KEGAGALAN lebih 10,000 peminjam Skim Bazar Ramadhan
(SBR) membuat bayaran semula menyebabkan dana yang diperuntukan kepada SBR pada
tahun ini merosot teruk. Ketika dilancarkan pada tahun 2014 oleh PM di Dataran
Senawang ketika merasmikan Hari Penjaja Kebangsaan, kerajaan memperuntukan dana
sebanyak RM45 juta. Lebih kurang 15 ribu penjaja seluruh Negara mendapat
manfaat dari pinjaman SBR ini. Pinjaman bernilai RM3,000 itu digunakan khusus
oleh penjaja dan peniaga sebagai modal untuk berniaga sempena bulan Ramadhan.
Bagaimanapun hanya kira-kira RM36 juta kutipan
pinjaman yang berjaya dipungut sekitar 2 tahun lepas menyebabkan kira-kira 4000
permohonan pinjaman baru tidak dapat diluluskan pada tahun ini. Baki dana yang
tinggal kira-kira RM9 juta hanya mampu diagihkan kepada lebih kurang 3000 bakal
peminjam SBR berbanding 15 ribu penerima ketika mula-mula dilancarkan dulu.
Selasa, 19 April 2016
MESYUARAT ALK (AHLI LEMBAGA KOPERASI) KOPERASI USAHAWAN MELAYU NEGERI SEMBILAN BERHAD
SATU MESYUARAT ALK telah diadakan di pejabat Gapema Negeri pada hari ini bersamaan 19hb Mei, 2016. Mesyuarat ALK koperasi Usahawan Melayu Negeri Sembilan Berhad ini sebenarnya adalah ekoran dari mesyuarat pertama ALK pada 14hb lepas. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh 2 orang wakil koperasi.
Tujuan mesyuarat ini ialah untuk menentukan kembali halatuju koperasi serta penstrukturan semula ALK. ALK juga membawa 2 orang wakil koperasi melawat kedai koperasi di Taman Dusun Nyiur.
Koperasi Usahawan Melayu Negeri Sembilan Berhad (KUMNSB) dahulunya diletakan di bawah Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Negeri Sembilan (PPPKMNS). Bagaimanapun atas beberapa masalah dengan pihak ROS, koperasi ini kemudiannya diletakan pula di bawah Gapema. Projek terkini koperasi ialah mengadakan ekspo niaga di tapak kem Paroi bermula awal Mei nanti.
Koperasi Usahawan Melayu Negeri Sembilan Berhad (KUMNSB) dahulunya diletakan di bawah Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Negeri Sembilan (PPPKMNS). Bagaimanapun atas beberapa masalah dengan pihak ROS, koperasi ini kemudiannya diletakan pula di bawah Gapema. Projek terkini koperasi ialah mengadakan ekspo niaga di tapak kem Paroi bermula awal Mei nanti.
Sabtu, 9 April 2016
MESYUARAT MAJLIS TERTINGGI GAPEMA
|
![]() | ![]() |
|
![]() |
Ahad, 3 April 2016
Sabtu, 19 Mac 2016
JEMPUTAN KE MAJLIS PENERANGAN TASK FORCE PERANGI MESIN JUDI SLOT OLEH JMM
19HB MAC, GAPEMA NEGERI SEMBILAN dijemput hadir ke majlis taklimat anjuran JMM (Jaringan Melayu Malaysia) di dewan seminar D'Curve aras 3, Bangunan Seremban Plaza. Gapema Negeri diwakili oleh Pengerusi dan timbalannya.
Majlis penerangan disampaikan oleh Presiden JMM sendiri iaitu YBhg Tuan Azwanddin Hamzah. Selain Gapema, beberapa NGO sekitar Seremban juga dijemput hadir seperti wakil PIBG Sekolah, KRT, persatuan penduduk dan beberapa NGO lain. Majlis yang bermula sekitar jam 3:00 petang itu berakhir kira-kira jam 5:00 petang.
Sabtu, 5 Mac 2016
MESYUARAT AJK BIL 2/2016
MESYUARAT AJK PERHUBUNGAN GAPEMA NEGERI SEMBILAN bil 2/2016 yang berlangsung di pejabat Gapema Negeri antara lain menyentuh isu-isu semasa yang dikategorikan masih panas. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengerusi Perhubungan Negeri, Ybhg Dato Hj. Zainol Ishak memfokus kepada tindakan-tindakan yang perlu diambil kerana selama ini Gapema Negeri mengambil sikap bertahan sahaja.
Beberapa individu yang menjadi dalang dan mencetus pelbagai masalah kepada persatuan telah dikenal pasti. Beberapa tindakan yang akan diambil telah diputuskan dengan sokongan majoriti sebulat suara. Bagaimanapun 'tindakan' adalah mengikut garis panduan yang dibenarkan.
Timbalan pengerusi perhubungan, En. Tajol Ariffin Hasan berpendapat ada 2 jalan penyelesaian pertama ialah meneruskan perniagaan seperti sediakala sementara terus berusaha mendapatkan kebenaran dan lesen-lesen yang diperlukan daripada pihak berwajib. Cara kedua ialah seperti mana yang diputuskan oleh majoriti AJK di atas.
Ketua Penerangan, En. Nasharudin pula berkata sudah tiba masanya persatuan bertindak dan tidak hanya bertahan sahaja kerana mereka yang menganggu persatuan berniat tidak baik. Setiausaha persatuan, Pn. Juninah juga mempunyai bukti-bukti penglibatan orang-orang tertentu dalam memburukan Gapema.
Manakala isu kedua yang dibincangkan dalam mesyuarat AJK ialah berkenaan cadangan pembukaan tapak niaga di PKNS Seremban 2. Permohonan rasmi telah dibuat kepada PKNS dan sesalinan proposal persatuan telah dihantar ke pejabat PKNS bahagian usahawan. Pegawai di PKNS, En Johan akan memanjangkan permohonan itu kebahagian berkenaan di MPS.
Isu terakhir ialah pembukaan tempat niaga di bekas tapak kem Paroi yang dijadualkan bermula pada bulan Mac.
Manakala isu kedua yang dibincangkan dalam mesyuarat AJK ialah berkenaan cadangan pembukaan tapak niaga di PKNS Seremban 2. Permohonan rasmi telah dibuat kepada PKNS dan sesalinan proposal persatuan telah dihantar ke pejabat PKNS bahagian usahawan. Pegawai di PKNS, En Johan akan memanjangkan permohonan itu kebahagian berkenaan di MPS.
Isu terakhir ialah pembukaan tempat niaga di bekas tapak kem Paroi yang dijadualkan bermula pada bulan Mac.
Ahad, 21 Februari 2016
AKTIVITI BERGAMBAR GAPEMA PUSAT DAN GAPEMA NEGERI SEMBILAN
![]() |
Keratan akhbar 1 |
![]() |
Mesyuarat dengan wakil peniaga dataran Centrio |
![]() |
Keratan akhbar : Perasmian pejabat Gapema Sarawak |
![]() |
Mesyuarat Ahli Tertinggi Gapema |
![]() |
Mesyuarat Ahli Majlis Gapema |
![]() |
wakil penjaja di pejabat Gapema Negeri Sembilan |
![]() |
Barisan kepimpinan Tertinggi Gapema |
![]() |
Barisan Kepimpinan Tertinggi Gapema |
![]() |
santai kepimpinan tertinggi Gapema |
![]() |
Pemimpin Gapema menjamu selera |
![]() |
keratan akhbar |
![]() |
Kepimpinan Tertinggi Gapema |

Khamis, 18 Februari 2016
Perniagaan burger buka peluang besar kepada usahawan bumiputera
KUALA LUMPUR: Bermula dengan modal RM2,000 bagi pengeluaran 200 keping burger sehari, Kumpulan Ramly kini berkembang menjadi sebuah syarikat bernilai hampir RM1 bilion.
Perkembangan syarikat ini turut membantu ramai bumiputera menjadi usahawan burger dengan rantaian lebih 25,000 gerai menjual burger jenama 'Burger Ramly' di seluruh negara dengan memperoleh pendapatan mencecah RM30,000 sebulan.
Pengarah Urusan Kumpulan Ramly, Datuk Ramly Mokni berkata usahasama antara Ramly Burger dan penjual burger, atau lebih dikenali sebagai 'Burger Boy', membolehkan usahawan kecil memperoleh pendapatan purata 5,000 ringgit sebulan, bergantung kepada lokasi.
Menurutnya, potensi perniagaan dan pendapatan yang baik menerusi penjualan burger menarik minat ramai golongan muda untuk menjadi 'Burger Boy' serta mewujudkan 70 pemborong dan pengedar produk Ramly di seluruh negara.
Syarikat itu juga dalam perancangan mengembangkan rangkaian cawangan menerusi jenama 'Ramly Halal Mart' kepada 450 cawangan berbanding 37 ketika ini menjelang 2020.
Sementara itu, Pengurus Projek Kumpulan Ramly, Badrulzaman Baharuddin berkata menerusi model perniagaan 'Burger Boy', ia membawa kepada penjanaan pendapatan yang konsisten kepada usahawan bumiputera, khususnya dalam mendepani kenaikan kos sara hidup ketika ini.
"Ini sebenarnya yang kita mahukan, value-added (nilai tambah), dan meletakkan (perniagaan burger) ke satu tahap yang lebih baik," kata Badrul dalam satu temu bual bersama Astro AWANI pada Selasa.
Menerusi pembukaan kilang yang mampu mengeluarkan sehingga 15 tan burger dan pelbagai produk sejuk beku sejam, ia bakal meletakkan syarikat itu setanding dengan rangkaian restoran makanan segera luar negara.
Rabu, 17 Februari 2016
Persaraan saya tak beri kesan tukaran ringgit - Zeti
KUALA LUMPUR: Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz melihat persaraan beliau tidak akan memberi kesan kepada tukaran ringgit. Beliau berkata, pergerakan ringgit ditentukan oleh faktor domestik dan perkembangan di luar negara. Beliau berkata, antara faktor domestik yang menyokong pergerakan ringgit ialah pertumbuhan ekonomi, lebihan perdagangan dan akaun semasa.
"Ekonomi negara terus berkembang. Kami (Bank Negara) akan mengumumkan perangkaan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi suku keempat esok," katanya. Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai spekulasi bahawa ringgit akan terus jatuh susulan persaraan beliau. Beliau ditemui selepas pelancaran Platform Akaun Pelaburan (IAP) di Kuala Lumpur, hari ini. Zeti berkata, proses pemilihan pengganti beliau berjalan lancar.
Beliau yakin keputusan pemilihan penggantinya dibuat berdasarkan yang terbaik untuk negara. Ditanya sama ada beliau akan menyambung perkhidmatannya, Zeti berkata: "Tidak akan (menyambungnya)."
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/125323
Sabtu, 13 Februari 2016
Ringgit terajui kenaikan mata wang Asia
![]() |

KUALA LUMPUR: Jika sebelum ini, ringgit, baht dan rupiah dianggap sebagai mata wang yang paling terjejas di Asia, namun keadaan bertukar sebaliknya apabila mata wang berkenaan kembali membuktikan daya tahan meskipun wujud ketidaktentuan hala tuju pasaran China serta dasar kewangan Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS). Sejak November, kadar pertukaran asing Malaysia, Thailand dan Indonesia kembali menjadi antara tiga yang paling menonjol dari segi peningkatan dalam kalangan negara pasaran baru muncul di Asia.
Agensi berita kewangan Bloomberg melaporkan, nilai ringgit meningkat 5.3 peratus sejak tiga bulan lalu, manakala baht dan rupiah, masing-masing menokok 1.8 peratus dan 1.0 peratus. Sementara itu, semua mata wang negara pasaran baru muncul Asia yang lain mencatat penurunan, di dahului won sebanyak 4.0 peratus. "Pasaran (berkenaan) sudah mengabaikan kesan kebimbangan langkah mengetatkan dasar kewangan oleh Fed dan ia memanfaatkan negara yang menawarkan aset yang berhasil tinggi seperti Indonesia, buat masa ini," kata Ahli Strategi Tukaran Asing Deutsche Bank AG di Singapura, Mallika Sachdeva. Deutsche Bank yang berpangkalan di Jerman itu memilih ringgit dan rupiah sebagai mata wang pilihan di Asia berbanding wong Korea Selatan dan dolar Taiwan, kata Sachdeva.
Kadar inflasi yang semakin rendah dan pertumbuhan lebih pesat di Indonesia menarik kemasukan dana asing ke republik itu, manakala keupayaan kerajaan Malaysia mengekalkan sasaran penurunan defisit berserta peningkatan eksport di sebalik harga minyak mentah rendah, menarik perhatian pelabur global. Sebahagian besar berita negatif, ekoran penurunan harga komoditi pada 2015, sudah diambilkira, kata Ketua Ahli Strategi Pendapatan Tetap dan Mata wang Macquarie Bank Ltd di Singapura, Nizam Idris. "Jika dolar AS mengukuh lagi dan ia dijangka tidak berlaku, maka mata wang Asia juga akan menjadi lemah tetapi pada penurunan itu pada kadar lebih rendah berbanding mata wang negara Asia Utara," katanya. Pergerakan harga komoditi yang semakin stabil membantu mengukuhkan ringgit dan rupiah berbanding dolar AS, namun keadaan masih lagi tidak menentu, kata Nizam. Daya tahan tukaran asing negara Asia Tenggara meningkatkan permintaan instrumen hutang kerajaan, dan ucapan Pengerusi Fed, Janet Yellen kepada Kongress bahawa peningkatan kadar faedah AS mungkin ditangguhkan, mendorong ia meningkat tinggi semalam. Mata wang Indonesia meningkat 5.7 peratus dalam tempoh tiga bulan lalu, tertinggi di Asia, diikuti oleh peningkatan 4.3 peratus sekuriti Thai, demikian mengikut indeks Bloomberg.
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Thailand mungkin meningkat 2.7 peratus tahun lalu kerana kerajaan meningkatkan infrastruktur perbelanjaan berbanding 0.9 peratus pada 2014, demikian mengikut jangkaan median ahli ekonomi dalam pengutusan suara Bloomberg sebelum perangkaan dikeluarkan 15 Februari. Baht kurang terjejas berbanding rupiah atau ringgit kerana dana asing memegang bahagian kecil nota berdaulat Thai, kata Nizam.
Hubungan China dengan ekonomi Indonesia mengalahkan jangkaan penganalisis untuk berkembang 5.04 peratus pada suku keempat dan inflasi kekal di bawah lima peratus dalam tempoh tiga bulan lalu selepas melebihi tujuh peratus pada pertengahan 2015. Presiden Indonesia, Joko Widodo, berkata beliau yakin pertumbuhan akan mencecah tujuh peratus menjelang 2019 dalam satu temubual dengan Bloomberg Television semalam. Eksport Malaysia meningkat untuk tujuh bulan berturut-turut, Indonesia, sejajar dengan Malaysia dan Thailand menjangkakan gabungan permintaan domestik dan perbelanjaan awam untuk merangsang ekonomi.
Penggunaan swasta mewakili 56 peratus KDNK Indonesia dan 51 peratus KDNK Malaysia, demikian mengikut perangkaan daripada Bank of America Merrill Lynch. Asia Utara lebih kukuh untuk eksport dan mempunyai kaitan rapat dengan China. "Dalam tempoh terdekat, dengan pemacu luaran kekal lemah merentasi seluruh dunia, ekonomi dengan permintaan domestik yang kukuh akan terus mencatatkan prestasi yang lebih baik," kata Pakar Strategi Tukaran Asing Australia & New Zealand Banking Group Ltd, yang berpangkalan di Singapura, Irene Cheung. "Mata wang Asia Utara lebih terdedah kepada kemelesetan perdagangan global," katanya. - Bloomberg
MESYUARAT AHLI MAJLIS TERTINGGI GAPEMA
SHAH ALAM. 13. feb, 2016.
Ahli Majlis Tertinggi Gapema telah mengadakan mesyuarat khas di Shah Alam bagi membincangkan beberapa perkara berbangkit. Ybhg Dato' Hj. Zainol Ishak mewakili Gapema Negeri Sembilan dalam mesyuarat tersebut.
Antara intipati mesyuarat ialah mengemaskini data keahlian terkini Gapema, memohon kerajaan memberi kebenaran kepada Gapema untuk mengutip jumlah skim pinjaman yang masih tertunggak (Skim pinjaman Dinamik dan skim pinjaman bazar ramadhan) bagi menggunakan dana itu sebagai dana pusingan untuk pinjaman baharu, Gapema akan membuat kunjung hormat kepada Menteri Kabinet dan Menteri-menteri Besar Negeri.
Antara intipati mesyuarat ialah mengemaskini data keahlian terkini Gapema, memohon kerajaan memberi kebenaran kepada Gapema untuk mengutip jumlah skim pinjaman yang masih tertunggak (Skim pinjaman Dinamik dan skim pinjaman bazar ramadhan) bagi menggunakan dana itu sebagai dana pusingan untuk pinjaman baharu, Gapema akan membuat kunjung hormat kepada Menteri Kabinet dan Menteri-menteri Besar Negeri.
|
|
|
Sabtu, 6 Februari 2016
TPPA: Malaysia antara 12 negara meterai perjanjian
AUCKLAND 4 Feb. - Sebanyak 12 negara termasuk Malaysia, menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik di sini hari ini, iaitu pakatan perdagangan yang dijangka meluaskan pasaran, mengurangkan tarif dan mempromosi perdagangan yang lebih bebas.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, menandatangani perjanjian perdagangan bebas komprehensif abad ke-21 bagi pihak Malaysia.
Pakatan perdagangan itu mewakili hampir 40 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) global bernilai US$30 trilion. Majlis penandatanganan TPPA di ibu negara New Zealand ini adalah hasil rundingan yang sukar yang mengambil masa lima tahun dan 19 pusingan rundingan.
Dua belas negara anggota TPPA ialah Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Amerika Syarikat, Vietnam dan Malaysia. Sebahagian besar negara berkenaan merupakan rakan dagang utama Malaysia.
TPPA bermatlamat menggalakkan penyepaduan ekonomi bagi meliberalisasikan perdagangan dan pelaburan, selain merangsang pertumbuhan ekonomi serta manfaat sosial.Lebih daripada 90 peratus manfaat ekonomi disumbangkan menerusi langkah-langkah bukan tarif yang lebih rendah.
Ia juga dijangka mewujudkan peluang-peluang baharu untuk pekerja dan perniagaan, menyumbang kepada meningkatkan taraf hidup 600 juta penduduk, memberi manfaat kepada pengguna, mengurangkan kemiskinan serta menggalakkan pertumbuhan mampan. – BERNAMA
Jumaat, 5 Februari 2016
PELANCARAN GAPEMA (Gabungan Penjaja Dan Peniaga Melayu Malaysia)
KUCHING: Penjaja dan peniaga kecil Melayu dan Bumiputera negeri ini harus memanfaatkan bantuan serta khidmat sokongan disediakan Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Melayu Malaysia (GAPEMA) Cawangan Sarawak meningkatkan perniagaan.
Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Pembangunan Usahawan Bumiputera) Datuk Mohd Naroden Majais berkata GAPEMA Sarawak boleh menjadi badan rujukan kepada golongan terbabit memperolehi pelbagai maklumat perniagaan seperti peluang pasaran, bantuan kewangan disediakan kerajaan pusat serta negeri dan sebagainya.
“Kerajaan negeri amat mengalu-alukan pembukaan pejabat GAPEMA pertama di Sarawak kerana boleh berperanan sebagai rujukan pelbagai aspek selain berkongsi rahsia kejayaan ahli-ahlinya,” katanya pada sidang media selepas perasmian pejabat dan mesyuarat agung pertama GAPEMA Sarawak di Wisma Pheonix, Jalan Song Thian Cheok di sini semalam.
Mohd Naroden mahu peniaga dan penjaja Bumiputera mendaftar dengan SME Corp supaya mereka berpeluang menikmati pelbagai kemudahan disediakan kerajaan seperti bantuan, subsidi dan program pameran produk di peringkat tempatan dan antarabangsa.
Menurutnya, masa ini terdapat kira-kira 100,000 peniaga dan penjaja di Sarawak dikategori sebagai perusahaan kecil dan sederhana (PKS) namun jumlah itu hanya 45,000 mendaftar dengan SME Corp.
Beliau menambah, 70 peratus daripada golongan itu berada di luar bandar dan majoritinya terlibat dalam perniagaan kotej berasaskan makanan serta produk pertanian.
Sementara itu, Presiden GAPEMA Datuk Muhammad Mahmood berkata penubuhan pejabat GAPEMA di Sarawak membolehkan pertubuhan itu memberi lebih tumpuan kepada penjaja dan peniaga Melayu serta Bumiputera di negeri ini.
“Ini memastikan peniaga dan penjaja di Sarawak tidak ketinggalan dalam apa juga kemudahan serta faedah dinikmati ahli-ahli GAPEMA di Semenanjung Malaysia.
“GAPEMA juga memainkan peranan melihat seterusnya menangani isu bersangkut-paut dengan kumpulan ini. Kita tidak mahu mereka ditindas oleh kumpulan peniaga lebih besar,” katanya.
Menurutnya, GAPEMA mencari jalan dan kaedah membolehkan peniaga dan penjaja kecil dapat terus bertahan ekoran kegawatan ekonomi ketika ini.
Pada masa sama, memastikan kepentingan sedia ada kumpulan itu seperti mendapatkan lesen serta bantuan kewangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dilindungi dan dimanfaat sepenuhnya.
Hadir sama Timbalan Presiden GAPEMA Semenanjung Malaysia (Perak) Datuk Omar Ahmad, Timbalan Presiden GAPEMA (Sabah/Sarawak) yang juga Presiden Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil 1Malaysia Sarawak (PPK1MS), Narawie Ibrahim serta ahli-ahli jawatankuasa GAPEMA Semenanjung Malaysia.
Pengubahsuaian berdasar harga minyak, ringgit, hasil bukan minyak
Putrajaya: Pengubahsuaian bajet 2016 yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dibuat berdasarkan harga minyak antara AS$30 dan AS$35 setong Brent serta angka berkenaan disifatkan sebagai konservatif.
Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Irwan Serigar Abdullah berkata, kerajaan menyusun semula bajet negara dalam anggaran harga berkenaan namun, tetap mengambil kira senario sekiranya harga minyak dunia menurun pada paras lebih rendah.
“Selain faktor harga minyak dunia, kerajaan turut mengambil kira aspek nilai Ringgit dan pendapatan daripada hasil bukan minyak.
“Sekiranya harga minyak menurun pada kadar AS$25 setong Brent, kerajaan masih mampu menanggung perbelanjaan,” katanya pada Forum Penjelasan Lanjut Mengenai Pengubahsuaian Bajet 2016 di sini, semalam.
Namun, menurutnya sekiranya harga minyak dunia jatuh pada kadar lebih rendah, ia membawa maksud bahawa kebanyakan negara akan mengalami kegawatan.
“Bukan saja Malaysia, semua negara akan mengalami kegawatan. Buat masa ini kerajaan mengambil langkah untuk tunggu dan lihat,” katanya sambil menambah pendapatan kerajaan terjejas bukan saja akibat penurunan harga minyak dunia namun turut membabitkan faktor sampingan.
“Walaupun 40 peratus pendapatan kerajaan adalah daripada hasil minyak, namun ia juga membabitkan pendapatan daripada hasil bukan minyak.
“Bagaimanapun, pendapatan daripada hasil minyak menjadi penyumbang utama kepada pengubahsuaian ini dilakukan,” katanya.
Dengan mengambil kira harga minyak berada pada kadar AS$35 setong Brent, kerajaan akan mencatatkan pendapatan sebanyak RM217.9 bilion dan perbelanjaan operasi sebanyak RM211.2 bilion.
Namun, sekiranya harga minyak menurun kepada AS$30 setong Brent, pendapatan kerajaan dijangka mencecah RM216.3 bilion dan perbelanjaan operasi sebanyak RM210.7 bilion.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 January 2016 @ 6:51 AM
KE ARAH MEMANTAPKAN PENTADBIRAN GAPEMA NEGERI SEMBILAN
SATU PERJUMPAAN untuk perbincangan kecil bagi memantapkan pentadbiran Gapema Negeri Sembilan telah diadakan di pejabat Gapema pada 1hb Feb, 2016 jam 3.00 petang. Pengerusi perhubungan Gapema Negeri Sembilan dan timbalannya telah hadir. Langkah awal yang ditekankan ialah penyediaan pengkalan data keahlian Gapema Negeri Sembilan mesti dimulakan secepat yang boleh. Basic pengakalan data keahlian tersebut boleh saja dibuat menggunakan platform excell dahulu sebelum beralih ke satu sistem khas nanti. Menurut timbalan pengerusi perhubungan Negeri Sembilan En. Tajol Ariffin, penyediaan pengkalan data tersebut tidak boleh ditangguhkan kerana ia akan membebankan kerja-kerja setiausaha kelak apabila bilangan ahli semakin ramai. Bagi tujuan tersebut juga, setiausaha akan dibantu oleh seorang penolong setiausaha.
Capaian maklumat ahli dan segala berkaitan Gapema Negeri Sembilan pula akan diusahakan melalui facebook dan blog. En. Tajol Ariffin sendiri akan mengusahakan sebuah blog khas untuk Gapema Negeri Sembilan dan untuk facebook pula, ia akan diusahakan oleh En. Eddy.
![]() | ![]() |
Ahad, 24 Januari 2016
MAJLIS PELANCARAN GAPEMA NEGERI SEMBILAN
Gabungan Persatuan Penjaja Dan Peniaga Melayu Malaysia atau ringkasnya GAPEMA yang didaftarkan di Sarawak, dilancarkan pula secara rasmi di Semenanjung dengan Negeri Sembilan dipilih sebagai negeri pertama pelancarannya. Pelancaran Gapema Negeri Sembilan dirasmikan oleh Presiden Gapema iaitu Ybhg Datuk Mohammad Mahmod di Sutera Hotel Seremban 2 pada 17/01/2016 kira-kira jam 09:00 malam.
Presiden perhubungan Gapema Negeri Sembilan ialah Ybhg Dato' Dr. Hj Zainol bin Ishak yang merupakan seorang usahawan yang aktif dalam banyak NGO. Beliau dibantu oleh barisan AJK perhubungan Gapema Negeri Sembilan terdiri dari Timbalannya En.Tajol Ariffin bin Hasan, Setiausaha - Puan Juninah bt Johar, Bendahari - Puan Hjh Zuraidah bt Mohd Yusof, Ketua Penerangan - En. Nasharudin bin Abg Hafid, Ketua Usahawanita - Puan Norziah bt Nasir, Ketua Usahawanmuda - En Eddie Noor Nazri bin Mohd Nasir serta 8 orang AJK lagi iaitu En.Zamzuri bin Ramli, Puan Haslinda bt Amin, Puan Maslina bt Ab. Aziz, En. Daroi Napis bin Bakar, En. Indra Ikson bin Saya Malin Mudo, En. Yuzaimuddin bin Md Yusof, En. Muhammad Nadzeri bin Mohd Tajudin dan En. Mohd Arshad bin Jelani.
Koleksi gambar-gambar sekitar majlis pelancaran Gapema Negeri Sembilan.
Presiden perhubungan Gapema Negeri Sembilan ialah Ybhg Dato' Dr. Hj Zainol bin Ishak yang merupakan seorang usahawan yang aktif dalam banyak NGO. Beliau dibantu oleh barisan AJK perhubungan Gapema Negeri Sembilan terdiri dari Timbalannya En.Tajol Ariffin bin Hasan, Setiausaha - Puan Juninah bt Johar, Bendahari - Puan Hjh Zuraidah bt Mohd Yusof, Ketua Penerangan - En. Nasharudin bin Abg Hafid, Ketua Usahawanita - Puan Norziah bt Nasir, Ketua Usahawanmuda - En Eddie Noor Nazri bin Mohd Nasir serta 8 orang AJK lagi iaitu En.Zamzuri bin Ramli, Puan Haslinda bt Amin, Puan Maslina bt Ab. Aziz, En. Daroi Napis bin Bakar, En. Indra Ikson bin Saya Malin Mudo, En. Yuzaimuddin bin Md Yusof, En. Muhammad Nadzeri bin Mohd Tajudin dan En. Mohd Arshad bin Jelani.
Koleksi gambar-gambar sekitar majlis pelancaran Gapema Negeri Sembilan.
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() |
Langgan:
Catatan (Atom)